Actually aku nak pergi Hatyai je pun. Tapi ini kali pertama aku buat border pass.
Ada syarat nak buat pas sempadan, kau boleh Google dan refer dekat laman web Imigresen. Come on lah, kan dunia dah moden!☺
Tapi takpe, aku still nak share dengan kau yang masih blur macam aku mula² dulu. Ini adalah Pas Sempadan Thailand tau.
Cara untuk memohon Pas Sempadan.
1. Bawa salinan Kad Pengenalan.
2. Bawa sekeping gambar berukuran passport dan latar belakang putih (Aku cadangkan masa kau ambil gambar sila pakai tudung bewarna gelap)
3. Bawa diri sendiri ke Pejabat Imigresen. ^O^
Nanti kau akan diberi borang dan segala butiran yang diperlukan. Lepas tu lekatkan saja gambar kau di petak gambar. Dah siap lampirkan sekali dengan salinan IC kau. Siap! Kau tunggu je kaunter proses Pas Sempadan tu. Nanti kau bayar je RM10! Allah, murah sungguh. Makan lunch pun mahal. HAHA ok fine over nauuu aku! Tempoh sah laku Border Pass kau adalah selama setahun. Hamboiii boleh ulang pergi 'oversea' sebulan sekali! HAHA
Dan sekarang bersiap sedia untuk makan angin!
Wehuuuuu♥
Doakan perjalanan aku selamat esok dan berjalan lancar!